"ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA"

Kami menyediakan 2 unit Homestay bagi para pengunjung yang datang ke Seri Iskandar, Perak. SERI IMPIAN HOMESTAY  yang telah beroperasi sejak 2015 merupakan sebuah kediaman Semi-D 3 bilik yang sesuai bagi percutian anda sekeluarga. Lokasinya yang strategik iaitu di tengah pusat Bandar Seri Iskandar merupakan pilihan bijak bagi anda yang ingin bermalam disini bagi tujuan urusan rasmi (konvokesyen, temuduga,berkursus dll), urusan perkahwinan mahupun bagi tujuan percutian keluarga anda.  

Atas permintaan yang sangat mengalakkan dari para pelanggan kami, kini  DESA IMPIAN HOMESTAY yang terletak di Desa Tronoh telah dibuka. Homestay ini merupakan sebuah kediaman sesebuah lot tepi yang mempunyai 3 bilik dan padang yang luas. Lokasinya yang lebih kepada suasana desa dan tidak jauh dari pusat Bandar Seri Iskandar amat sesuai bagi pengunjung yang datang ke Seri Iskandar, Perak.
 
Bercirikan suasana homestay yang indah dan bersih, kedua-dua  Homestay kami menyediakan destinasi rehat yang dijamin selesa untuk anda sekeluarga.. "MOH SINGGAH KOME.."



...........................................................................................................................................................................................................


Sesuai dengan VISI kami ..."KESELESAAN ANDA IMPIAN KAMI", kami menyediakan kemudahan homestay yang indah dan selesa sesuai untuk ada sekeluarga beristirehat setelah penat bermusafir. 

KEMUDAHAN DI SERI IMPIAN HOMESTAY :

  • Rumah Semi-D 3 bilik yang selesa dengan;
    1. Ruang Tamu berhawa dingin,
    2. Bilik Tidur Utama berhawa dingin (1 katil kelamin + almari baju + meja belajar + almari solek + extra 2 TOTO)
    3. Bilik Tidur 2 (2 Katil Single + extra 1 tilam single + Almari baju bercermin+kipas syiling)
    4. Bilik Tidur 3 berhawa dingin (1 katil kelamin + almari baju + almari solek)
    5. Ruang makan + Meja makan 
    6. 2 unit tandas (Bilik Tidur Utama dan diantara Bilik Tidur 2 & 3)
  • Lot Parkir kereta
  • Peti Ais (fridge)
  • Sofa
  • Televisyen + UNIFY HYPPTV
  • UNIFY PERCUMA 24jam
  • Seterika elektrik + Iron board
  • Cerek elektrik
  • Periuk nasi elektrik
  • Peti Pertolongan Cemas 
  • Alat Pemadam Api 
KEMUDAHAN DI DESA IMPIAN HOMESTAY :

  • Rumah sesebuah lot tepi 3 bilik yang selesa dengan;
    1. Ruang Tamu berhawa dingin,
    2. Bilik Tidur Utama berhawa dingin (1 katil kelamin + almari baju + meja belajar + extra 2 TOTO)
    3. Bilik Tidur 2 berhawa dingin (1 katil kelamin + almari baju)
    4. Bilik Tidur 3 (2 Katil Single + Almari baju bercermin+kipas syiling)
    5. Meja makan 8 orang
    6. 2 unit tandas (Bilik Tidur Utama dan diantara Bilik Tidur 2 & 3)
  • Lot Parkir kereta
  • Peti Ais (fridge)
  • Sofa
  • Televisyen + siaran NJOI
  • Seterika elektrik + Iron board
  • Cerek elektrik
  • Periuk nasi elektrik
  • Washing machine
  • Treadmill bagi yang ingin bersukan
KEMUDAHAN LAIN DI SERI & DESA IMPIAN
  • Tuala mandi 
  • Telekung + Sejadah + Al-Quran dan Surah Yassin
  • Air masak + Gula + Nescafe + Teh Uncang + Biskut/Roti(PERCUMA)
  • Pelbagai bahan bacaan seperti majalah, buku-buku agama dan motivasi serta buku cerita kanak-kanak
  • Homestay kami turut menyediakan kelengkapan memasak kepada pelanggan seperti; Dapur memasak, Gas, Blender,  Lesung batu Tradisional, Periuk, Kuali, Pinggan Mangkuk dan cawan serta keperluan asas yang lain.
**MAKLUMAN**
  • Perkhidmatan Homestay kami hanya ditawarkan kepada ORANG ISLAM/ MUSLIM/ MUALLAF sahaja.
  • Pasangan / sekumpulan yang BUKAN MUHRIM adalah dilarang untuk menginap di Homestay ini.
  • Makanan & minuman TIDAK HALAL/ BAHAN TERLARANG & BINATANG tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam Homestay ini.
GALERI :
......................................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................







IMPIAN HOMESTAY Beralamat di......

SERI IMPIAN HOMESTAY
NO 13 PERSIARAN ISKANDAR PERDANA 12/2,
TAMAN ISKANDAR PERDANA,
32610 SERI ISKANDAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
https://goo.gl/maps/9zUsnHtop3aDaDFC7


DESA IMPIAN HOMESTAY
NO 21 LALUAN TRONOH 7, 
TAMAN DESA TRONOH,
31750 TRONOH PERAK
PERAK DARUL RIDZUAN.
https://goo.gl/maps/MKs8fGia698hjs4M9


LOKASI YANG AMAT STRATEGIK:     


Berdekatan dengan Organisasi Kerajaan seperti:
Berdekatan dengan Pusat Pengajian seperti:
Kemudahan lain yang berdekatan seperti :
  • IPD Perak Tengah
  • Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT)
  • Lembaga Air Perak Tengah
  • Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah
  • Pejabat Kesihatan Perak Tengah
  • Klinik Kesihatan 1 Malaysia
  • Klinik Kesihatan Ibu & Anak
  • Jabatan BOMBA dan Penyelamat
  • dll

  • UiTM Seri Iskandar, 
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP),
  • Kolej Professional MARA (KPM),
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),
  • Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah,  
  • Sek Men Teknik Seri Iskandar,
  • Kolej Vokasional Seri Iskandar,
  • MRSM Parit 

  • Pasaraya BILLION
  • Seri Iskandar Business Center (SIBC), Nilai 3
  • Mc Donald SIBC
  • Masjid Seri Iskandar
  • Pasaraya TESCO
  • KFC Bandar Universiti
  • Kedai 1 Malaysia
  • Pelbagai Restoran Makanan
  • Klinik-Klinik swasta 
  • Bank (Bank Islam, BSN, Agro Bank, Bank Rakyat)
  • Petronas, Shell
  • dll

KADAR SEWA:

Sejajar dengan kemudahan lengkap yang kami sediakan, kami menawarkan kadar sewa yang murah dan berpatutan bagi anda:

TEMPAHAN
KADAR SEWA
CHECK IN
CHECK OUT
1 HARI
RM220
2.00 PM
12 PM
LEBIH 2 HARI
RM200
2.00 PM
12 PM
             
Tempahan Homestay adalah berdasarkan "First Pay First Served". 

Untuk tempahan, bayaran RM50 perlu dikreditkan ke akaun : 105122078145 (MAYBANK Saving Account ) sebelum check in bagi tujuan pengesahan tempahan.
Pembayaran selebihnya hendaklah dibuat semasa check in Homestay.
Seri Impian Homestay boleh memuatkan maksimum sehingga 10 (termasuk kanak-kanak) orang tetamu dalam satu-satu masa. Pihak Homestay tidak bertanggungjawab kepada sebarang ketidakselesaan kerana melebihi had tetamu yang ditetapkan.

Sila maklum bahawa anda dikehendaki menempah selewat-lewatnya sehari lebih awal dan perlu membayar deposit RM50 untuk jaminan tempahan anda. Pembatalan tempahan harus dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh 'check in'. Jika pembatalan dibuat lewat, deposit anda tidak akan dipulangkan. Oleh itu, mohon rancang percutian anda dengan teliti. Apabila anda bersetuju membayar deposit, maka anda telah bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat kami. Selamat Datang ke Homestay kami!! :) 

BERMINAT DENGAN TAWARAN HOMESTAY KAMI??
HUBUNGI KAMI SEGERA (CALL / WHATSAPP / MSG) UNTUK TEMPAHAN 

EN.AMRAN : 016-3663292 
PN.AZLINA : 019-4588565

Comments